27 Kata Kata Terbaru Mutiara Mukjizat Dan Doa

Dia cantik, tapi tidak kekal.
*Itulah dunia.*

Dia berat, tapi ringan untuk meninggalkannya.
*Itulah solat.*

Dia datang, tapi tidak akan berulang.
*Itulah waktu.*

Dia dekat, tapi kita tidak boleh lari darinya.
*Itulah kematian.*

Dia tidak kelihatan, tapi kekal.
*Itulah akhirat.*



























KEIKHLASAN DALAM BERAMAL

Segala amal perbuatan tidak kira apapun bentuknya tidak diterima Allah SWT kecuali apabila ia disertakan dengan keikhlasan. 

*Ikhlas* 
# Dari segi bahasa ialah bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih dari kotoran.  
# Dari segi istilah agama, ikhlas ialah berniat semata-mata kerana mengharapkan redha Allah dalam beramal, tanpa menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apapun.  

Ikhlas adalah amaliah (tindakan dan perbuatan) berasakan hati.  Rasulullah saw bersabda (yang ertinya)
"Aku telah diberi wasiat oleh Khalil (kekasih)ku dengan empat kalimah yang bagiku semua lebih kucintai dari dunia dengan segala isinya.  Dia berfirman kepadaku
1.  Kukuhkanlah binaan kapalmu sebab lautan amat dalam sekali.
2.  Perbanyakkanlah bekalanmu kerana perjalanan sangat panjang.
3.  Ringankan bahumu untuk memikul kerana halangan dan rintangan amat banyak dan hebat sekali.
4.  Ikhlaskanlah amalanmu kerana mata pemerhatinya sangat tajam."  (HR Bukhari)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "27 Kata Kata Terbaru Mutiara Mukjizat Dan Doa"

Post a Comment